RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Showing posts with label jantung. Show all posts
Showing posts with label jantung. Show all posts

Saturday, 10 March 2012

Cara-cara Mencegah Serangan Jantung

  • Hentikan mengambil makanan segera yang tidak menyihatkan, minuman berkarbonat, minuman segera, krimer bukan daripada susu.
  • Elakkan memakan ais krim yang mengandungi krimer yang tinggi, membuat air minuman dengan krimer selain susu, memakan makanan yang mengandungi marjerin, makanan terproses seperti burger, nuget, kentang goreng dan kentang berperisa.
  • Tabiat mandi selepas makan juga boleh menyebabkan perut dan jantung menjadi lemah dan menyumbang kepada serangan jantung bagi jangka panjang.
  • Kurangkan juga memakan nasi lemak yang dibeli kerana kebanyakan nasi lemak yang dijual di luar dicampur dengan minyak masak kerana peniaga bertujuan menjadikan nasi nampak licin dan cantik berderai. Berbanding dengan nasi lemak yang dimasak sendiri kita boleh mengurangkan kandungan santan yang digunakan mengikut kesesuaian kesihatan diri.
Kredit gambar: localism.com
Kredit artikel: Habsah Dinin. 10 Mac 2012. Berita Harian (sisipan 1klassifieds). hlm. 1.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Tanda-tanda Jantung Anda Mungkin Tidak Sihat

  • Kerap berdebar-debar. Malah, ada kalanya tiba-tiba jantung atau dada anda berdebar dengan laju walau dengan pun ketika itu anda hanya membaca buku.
  • Ini diikuti dengan berpeluh pada dahi, kerap merasa sakit pada dada, sering mencungap dan kadang-kala pada aktiviti yang ringan seperti menunaikan solat pun anda boleh mencungap.
  • Selain itu, anda mungkin alah kepada cuaca panas dan tidak menyedari perkara ini apabila anda berasa alah dengan panas terik matahari di mana badan akan banyak berpeluh serta tidak selesa.
  • Tapak tangan yang basah dalam keadaan tidak menentu.
Komentar SRB: Anda ada tanda-tanda tersebut?

Kredit gambar: odyb.net

Kredit artikel: Habsah Dinin. 10 Mac 2012. Berita Harian (sisipan 1klassifieds). hlm. 1.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com