RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

KHASIAT RAJABIO

Secara umumnya, khasiat minyak kelapa dara boleh dikatakan sama untuk mana-mana jenama, dan terserah kepada pengguna untuk memilih yang mana satu sesuai dengan kegemaran mereka.

Memandangkan RajaBio Minyak Kelapa Dara ialah 100% minyak kelapa dara tulen, tanpa bahan kimia dan sebagainya, serta dihasilkan secara tradisional, khasiat yang akan dinikmati oleh pengguna adalah paling maksimum. Ditambah dengan cara pembuatannya yang mementingkan kesucian, insya-Allah ada keberkatannya.

Khasiat minyak kelapa dara setakat kajian yang dibuat antaranya (terlalu banyak kalau mahu disenaraikan):

(i) 50% Lauric Acid berbanding susu ibu yang ada 20% sahaja (Nota: Perlu dilihat dalam konteks Lauric Acid ini sahaja untuk perbandingan dengan susu ibu, sebab susu ibu dalam kelasnya tersendiri dari segi khasiat kepada bayi)

(ii) Detox atau pembuangan toksik dari badan

(iii) Merawat sakit kulit seperti kulit bersisik, eczema, dermatitis, kurap, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, sakit kuning, dsb.

(iv) Menjadikan kulit licin dan gebu jika disapu berterusan pada kulit

(v) Mengganti sel-sel kulit yang mati dan bertindak sebagai agen penuaan

(vi) Membantu merawat kelemumur dan rambut gugur

(vii) Membantu merawat masalah kesihatan wanita seperti senggugut dan keputihan

(viii) Membantu dalam perhubungan suami isteri dan kehamilan
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com