RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

APA KATA PENGGUNA?

Berdasarkan kajian memang banyak khasiat minyak kelapa dara. Cuma rasanya lebih senang menceritakan khasiatnya berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa orang lain yang  diikuti perkembangan kesihatan mereka secara dekat.

Setakat ini, ada perubahan tahap kesihatan dan penyembuhan bagi penyakit/masalah kesihatan mereka. Elok dimaklumkan sejujur-jujurnya bahawa pada peringkat awal penggunaan, sama ada minum/sapu memang akan ada tindak balas pada badan. Walau bagaimanapun, seperti nasihat pengusaha, seelok-eloknya teruskan penggunaannya, sebab tindak balas tu ialah proses penyembuhan. RajaBio Minyak Kelapa Dara pun sebenarnya selamat untuk penggunaan sebab tiada bahan kimia, 100% minyak kelapa dara.

Antara maklum balas pengguna:

(i) Resdung: Pengalaman sendiri, pada awal pengambilan RajaBio Minyak Kelapa Dara, kerap bersin. Suatu ketika, bersin hampir tak berhenti dan, maaf cakap, air hidung keluar hampir tak berhenti juga. Tapi sebagaimana nasihat pengusaha RajaBio ni, tetap teruskan minum. Sekarang alhamdulillah resdung sudah kurang banyak berbanding dahulu, hidung pun rasa selesa dan ringan untuk bernafas dan tak gatal-gatal macam dulu lagi. Dulu kalau waktu makan memang selesa sebab dalam hidung terkumpul, maaf cakap sekali lagi, hingus yang sangat banyak. 

(ii) Eczema: Antara penyakit kulit yang biasanya berlaku kepada bayi/kanak-kanak, tetapi orang dewasa pun ada yang kena.

Maklum balas daripada seorang ibu yang ada anak mengidap eczema, pada peringkat awal penggunaan RajaBio Minyak Kelapa Dara, naik banyak. Tetapi sekarang ruam-ruam itu makin berkurangan.

Maklum balas daripada rakan sekuliah tentang kakaknya pula yang tiga tahun mengidap eczema, masa awal-awal minum, malamnya badan terus rasa seram sejuk. Dia teruskan juga minum, alhamdulillah sekarang walaupun masih terasa gatal-gatal badan lagi, tetapi kulit muka yang sebelum ini mengelupas dan bintik-bintik makin sembuh.

(iii) Masalah Rambut: Seorang kenalan ada masalah rambut walaupun baru berusia pertengahan 30-anan. Lepas guna dalam seminggu, katanya berjaya melembutkan rambut dan mengurangkan keguguran.

(iv) Selesema: Kawan yang sama, katanya kalau balik kampung selalu selesema, tetapi masa balik baru-baru ini alhamdulillah tak diserang selesema seperti selalu. Sekarang dia nak cuba kepada anaknya yang sering selesema pula.

(v) Kolesterol: Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an, mempunyai tahap koleserol yang tinggi, anggaran tahap belas-belas juga. Pada peringkat awal minum RajaBio Minyak Kelapa Dara, dia rasa pening, leher rasa tegang. Dinasihatkan oleh pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara untuk teruskan minum juga, sekarang tahap kolesterolnya dalam 5.2.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com