RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Adakah ini perniagaan MLM?
- Tidak. Pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara tidak pernah berhasrat untuk menjadikan perusahaan ini sebagai MLM.

2. Kalau bukan MLM, mengapa harga runcit pada kotak RajaBio Minyak Kelapa Dara lebih mahal berbanding produk lain yang seumpama dengannya?
-  Sebagai makluman para pengguna, harga yang tertera pada kotak RajaBio Minyak Kelapa Dara ialah harga cadangan sahaja. Setakat ini harga jualan kepada pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia hanya RM40, setanding dengan harga produk lain yang seumpama dengannya. Walau bagaimanapun, pada masa hadapan ada kemungkinan RajaBio Minyak Kelapa Dara terpaksa dijual pada harga yang tertera pada kotak dalam usaha pengusahanya mengekalkan ciri-ciri istimewa yang dimiliki. Namun, setakat ini yang penting harganya tetap kekal pada RM40 sebotol.

3. Apa yang istimewa sangat dengan RajaBio Minyak Kelapa Dara berbanding produk lain yang seumpama dengannya? Bukan semua minyak kelapa dara sama saja ke?
- Masing-masing produk minyak kelapa dara ada kelebihannya yang tersendiri, bergantung kepada kesukaan pengguna untuk memilih yang mana satu. RajaBio Minyak Kelapa Dara pula menawarkan keistimewaan tertentu untuk dipertimbangkan oleh para pengguna.

Antaranya, sumber bekalan dipastikan diperolehi daripada orang Melayu Islam Malaysia, kemudian diproses sendiri secara tradisional oleh pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara iaitu seorang Melayu Islam Malaysia yang berasal dari Terengganu. Semasa beliau menghasilkan RajaBio Minyak Kelapa Dara ini, beliau sentiasa memastikan dirinya dalam keadaan berwudhu'. Beliau juga membacakan selawat Syifa' dan ayat-ayat khusus dari Al-Quran bagi memperoleh keberkatan dan seterusnya menambahkan khasiat RajaBio Minyak Kelapa Dara ini. Bagi setiap minyak kelapa dara yang dibotolkan, beliau sentiasa memastikan bahawa kuantiti minyak yang dituang ke dalam botol melebihi 150 ml. Jadi, bagi setiap botol RajaBio Minyak Kelapa Dara yang sampai ke tangan pengguna, sebenarnya pengguna mendapat lebih daripada 150 ml bagi setiap botol.

4. Mengapa pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara ini melebihkan kuantiti minyak bagi setiap botol, kenapa tak bagi cukup-cukup 150 ml? Ada caj tersembunyi ke?
- Sebenarnya, pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara meneruskan amalan bondanya yang juga seorang peniaga di pekan Manir suatu ketika dahulu. Bondanya sering berpesan, apabila berniaga hendaklah melebihkan sedikit kuantiti sukatan barang jualan, supaya setiap sen yang dikeluarkan oleh pengguna untuk membeli barang yang dijual adalah setimpal dengan sukatan barang yang diterima. "Biar berlebih sedikit, jangan terkurang", demikian pesan bondanya selalu. Dalam hal ini, pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara meneruskan amalan bondanya itu kerana yang penting bagi beliau ialah keredhaan pembeli dan keberkatan dalam berurus niaga. Tiada caj tersembunyi, pengusaha Raja Bio Minyak Kelapa Dara menghalalkan lebihan kuantiti minyak kelapa dara bagi setiap botol, malah pengguna sebenarnya beruntung kerana hanya membayar untuk 150 ml minyak kelapa dara sedangkan mereka dapat kuantiti minyak yang lebih.

5.  Dengar cerita RajaBio Minyak Kelapa Dara dibuat tanpa menggunakan haba? "Cold-pressed" lah tu, kan?
- Sekali imbas, apabila disebut penghasilan minyak kelapa dara tanpa menggunakan haba, pengguna akan beranggapan bahawa kaedah yang digunakan ialah "cold-pressed". Berdasarkan logik istilah, 'cold' ertinya tanpa menggunakan haba. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kaedah "cold-pressed" itu sendiri bukanlah bermaksud langsung tidak menggunakan haba. "Cold-pressed" sebenarnya bermaksud masih menggunakan "tekanan mekanikal" (dalam erti kata mudah, "menggunakan mesin") dan masih menggunakan haba walaupun pada suhu yang lebih rendah berbanding biasa. Dalam hal ini, RajaBio Minyak Kelapa Dara dihasilkan tanpa menggunakan mesin atau kaedah "cold-pressed', sebaliknya menggunakan kaedah tradisional. Dengan cara tradisional ini, pengguna akan memperoleh khasiat minyak kelapa dara yang maksimum berbanding penghasilan menggunakan kaedah "cold-pressed". Ini kerana penghasilan haba yang minimum akan berlaku apabila kaedah "cold-pressed" digunakan dan mengakibatkan khasiat minyak kelapa dara semakin berkurangan, berbanding minyak kelapa dara yang dihasilkan secara tradisional seperti Rajabio Minyak Kelapa Dara.

6. Apa jenis kelapa yang digunakan bagi menghasilkan RajaBio Minyak Kelapa Dara?
- RajaBio Minyak Kelapa Dara menggunakan kelapa biasa yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Bekalan diperolehi daripada pengusaha kebun kelapa yang berketurunan Melayu Islam dari Sabak Bernam, Selangor dalam bentuk santan yang kemudiannya diproses menjadi minyak kelapa dara.

7. Apakah yang dimaksudkan sebagai Minyak Kelapa Dara?
'Dara' yang dimaksudkan di sini ialah minyak kelapa tersebut tidak disentuh haba walau sedikit pun. Sekiranya dalam proses penghasilan minyak kelapa dara tersebut, pengusaha menggunakan kaedah yang melibatkan api atau pemanasan, maka minyak kelapa tersebut bukan minyak kelapa dara. Dalam hal penggunaan teknologi yang mengakibatkan penghasilan haba secara semulajadi tanpa melibatkan pemanasan atau api, minyak kelapa tersebut masih lagi minyak kelapa dara, tetapi telah kurang daranya kerana telah disentuh haba.


8. Boleh ke RajaBio Minyak Kelapa Dara digunakan (minum/sapu) oleh wanita mengandung?
Alhamdulillah, setakat ini RajaBio Minyak Kelapa Dara selamat diminum dan disapu oleh wanita mengandung. Sesuai juga dijadikan minyak selusuh, cuma perlu ditambah doa-doa berkaitan.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com