RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Friday 17 February 2012

Tiroid, Ipoh dan RajaBio

Dalam tempoh beberapa hari ini, SRB menerima pertanyaan daripada 3 individu menerusi 3 medium berbeza:

Nur dan misscindut merupakan individu yang sama, manakala Nur Aizatul kelihatannya seorang ustaz.

Entah suratan atau kebetulan, kesemua pertanyaan tersebut menjurus kepada keberkesanan RajaBio dalam proses penyembuhan penyakit berkaitan tiroid.
Entah suratan atau kebetulan juga, mereka bertanya sama ada RajaBio ada dijual di Ipoh.
Pada asasnya jawapan SRB kepada mereka adalah seperti berikut:
“Terima kasih kerana berminat dengan RajaBio.
Salah satu khasiat RajaBio adalah merangsang tiroid seterusnya membina sistem pertahanan badan yang lebih kebal terhadap penyakit. Setakat ini maklum balas yang diterima daripada pengguna RajaBio adalah bagi resdung, eczema, jerawat, luka, kaki yang sejuk, tumit pecah, masalah rambut, kolesterol, batuk, selesema, mengurangkan berat badan, minyak selusuh, sembelit dan beberapa masalah kesihatan lagi. Terdapat juga pengguna yang sedang mencuba RajaBio sebagai ikhtiar untuk tonsil. Insya-Allah sekiranya ada perkembangan terkini tentang tiroid pula SRB akan maklumkan di medium yang bersesuaian termasuk di blog ini dari semasa ke semasa.
Bagi kawasan Ipoh, belum ada wakil jualan RajaBio lagi. Paling dekat ialah Parit Buntar oleh saudara Fikri (019-547 4892). Jika berminat untuk mendapatkan RajaBio, SRB boleh aturkan dengan saudara Fikri. Atau boleh sahaja diPos Laju dari sini." 

Kredit gambar: DOCTOR tipster
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

2 comments:

CIK TOM said...

1st time dgr..produk ni lbh krg vco jgk ke??

Unknown said...

Salam CIK TOM,

RajaBio ni relatifnya masih baru, sedang menapak perlahan-lahan untuk dikenali ramai, insya-Allah, berkat doa semua.

Tentang pertanyaan CIK TOM tu, kalau dimaksudkan vco (atau nama penuhnya virgin coconut oil @ minyak kelapa dara) secara umum, dan bukannya jenama, maka RajaBio ialah 100% vco.

Setiap vco ada kelebihannya, cuma keistimewaan RajaBio ialah dihasilkan secara tradisional, maksudnya tidak langsung menggunakan haba walaupun sedikit seperti misalnya kaedah "cold-pressed", jadi khasiatnya pada tahap maksimum. Tidak juga di 'refined', 'bleached', atau 'deodorized' (RBD). Ringkasnya, tidak langsung menggunakan bahan kimia, 100% minyak kelapa dara. Uniknya, walaupun tidak melibatkan RBD, tetapi warnanya tetap jernih, baunya tidak tengik & kalau diminum tidak rasa keras melekat di tekak sampai terbatuk-batuk.

Selain itu, sepanjang proses penghasilan RajaBio, pengusahanya dalam keadaan berwudhu', juga dibacakan salawat Syifa' & ayat-ayat Al-Quran yang khusus untuk keberkatan serta menambah khasiatnya. Ada kajian dari Masaru Emoto, seorang saintis dari Jepun bahawa apabila dibacakan kata-kata positif atau ayat-ayat suci, molekul air akan jadi bercahaya dan bersinar, insya-Allah terpakai juga untuk RajaBio ini walaupun ia minyak kelapa dara. Sama seperti kita membacakan doa makan, ada berkat & khasiatnya pada makanan.

Kalau sejuk & jadi pepejal, macam dalam entri "Misteri RajaBio yang Kesejukan di Putrajaya" bertarikh 15 Februari 2012 tu, juga boleh dibuat "lip balm". Ye, serius. :-)