RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Wednesday 22 February 2012

Rahsia Terbongkar: Bayi dan Kanak-Kanak Terbukti Pandai Berkawan


Bayi berkawan, berjenaka sebelum belajar bercakap, kata penyelidik Australia

Tidak boleh bertutur tidak menghalang bayi daripada bergelak-ketawa, malah menjalin persahabatan dengan yang lain, demikian menurut para penyelidik Australia yang menghabiskan masa selama dua tahun mengkaji gelagat kanak-kanak.

Ahli-ahli akademik di Universiti Charles Sturt mengkaji bagaimana kanak-kanak berinteraksi sesama mereka di pusat asuhan, dengan menggunakan rakaman daripada kamera kecil yang diikat pada kepala mereka.

Kajian tersebut berhasil memperolehi “pandangan mata bayi” terhadap dunia hinggakan objek kecil yang ringkas seperti sudu kelihatan terlebih besar, ujar Jennifer Sumsion, profesor bagi perkembangan awal kanak-kanak di universiti berkenaan.

Walau bagaimanapun, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa kanak-kanak berumur enam hingga 18 bulan menggunakan cara bukan lisan yang canggih tetapi tidak ketara untuk berkawan dan membuatkan masing-masing ketawa.

 “Kami sangat, sangat terkejut melihat bagaimana canggihnya kanak-kanak tersebut dalam erti kata kemahiran sosial, kemahiran membantu, dalam usaha memastikan mereka mengajak kanak-kanak lain menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka,” kata Sumsion kepada AFP.

Sumsion berkata bayi berinteraksi sesama mereka dengan cara bertemu mata, isyarat tangan dan jenaka.

Mereka menggunakan ”permainan sosial kecil yang anda tidak semestinya dapat lihat melainkan anda memerhatikan mereka betul-betul”, katanya lagi.

Contohnya termasuklah berpura-pura memberikan kanak-kanak lain alat mainan, hanya untuk merebutnya kembali pada saat-saat akhir, atau bayi duduk rapat sesama mereka di atas kerusi tinggi bermain-main tukar botol susu.

Dalam satu keadaan lagi yang dirakam oleh kamera, seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun cuba menenangkan seorang bayi yang ketakutan dengan cara meletakkan sehelai kain tembus cahaya di atasnya supaya bayi tersebut boleh melihat tetapi pada masa yang sama berasa selamat.

Para penyelidik tersebut, yang menganalisis rakaman daripada kamera-bayi bersama-sama rakaman video lain bagi kanak-kanak tersebut pada masa yang sama, tidak memaksa bayi-bayi tersebut memakai kamera dan mereka hanya dipakaikan kamera selama 10-15 minit pada satu-satu masa.

Mereka berharap penyelidikan ini mencungkil serba-sedikit rahsia dunia bayi dan pengalaman penjagaan kanak-kanak.

 “Apa yang mengejutkan kami ialah permainan yang dimainkan sesama mereka, hatta pada peringkat umur tersebut. Ia sangat-sangat positif untuk diperhatikan,” kata Sumsion.

AFP/Relaxnews
Kredit artikel: Diterjemahkan secara bebas daripada NYDailyNews.com

Komentar SRB: Ada tak ciri-ciri pandai berkawan seperti yang tersebut di atas pada anak atau adik kecil anda, walaupun belum pandai bercakap? Kalau ada ceritalah sikit. :-)
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

No comments: