RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Saturday, 4 February 2012

Sembang Santai dengan saudara Tawfik: Resdung & Jerawat


Sebentar tadi berkesempatan minum-minum dengan saudara Tawfik. Bersembang tentang isu-isu semasa; BR1M, BB1M, juga keputusan peperiksaan semester lalu yang akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

Sembang punya sembang, terbuka cerita tentang pengalaman beliau bermuamalah melibatkan RajaBio. Baru-baru ini 3 botol RajaBio bertukar tangan.

Dua botol pertama dibeli oleh pengguna yang pernah mencuba sebelum ini, Cik A. Beliau merasakan sebotol RajaBio serasi dalam menawarkan resdung akut yang dialaminya, walhal sebelum ini beliau terpaksa mendapatkan suntikan selain makan ubat. Semasa mengamalkan RajaBio, beliau mengalami sakit perut selama 2-3 hari, tetapi selepas dinasihatkan agar terus juga minum RajaBio, alhamdulillah resdung semakin berkurangan dan sudah tidak seteruk dahulu. Selain tambahan sebotol lagi RajaBio untuk dirinya sendiri, sebotol lagi untuk kegunaan adiknya yang mengalami jerawat. Alhamdulillah, jerawat adiknya juga sudah kering.

Botol RajaBio yang ketiga dihantar sendiri pada hari Sabtu baru-baru ini oleh saudara Tawfik ke Shah Alam setelah dihubungi menerusi telefon. Menurut pembeli tersebut, Puan Z, anak beliau mengalami resdung yang teruk. Terutamanya pada waktu pagi, ada masanya bersin sampai mengeluarkan darah.

Kami mendoakan kesihatan mereka akan pulih seperti sedia kala, insya-Allah, amin...


Kredit gambar: nicolerivera.blogspot.com
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

No comments: