Pelbagai kaedah atau amalan dipraktikkan oleh ibu-ibu yang mengandung untuk memudahkan kelahiran anak, atau lebih senang disebut bersalin. Ada yang berlatih untuk bersalin di dalam air (water birth), ada yang aplikasikan kuasa minda, dan sebagainya.
Bagi yang senang dengan cara tradisional, ada satu ikhtiar lagi yang boleh digunakan iaitu menggunakan minyak selusuh (boleh juga dibuat air selusuh).
Dari segi keutamaan, seelok-eloknya suami yang membacakan doa-doa ini bagi penyediaan minyak selusuh. Dari segi psikologi juga, isteri akan merasakan suami menyayanginya justeru dapat menenangkan perasaan isteri ketika menghampiri saat-saat kelahiran.
Berikut ialah kaifiyyat penyediaan minyak selusuh:
Berikut ialah kaifiyyat penyediaan minyak selusuh:
(i) Surah Al-Fatihah
(ii) Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr
(iii) Salawat Syifa'
(iv) Doa Selusuh
(v) Doa Pemudah
Dari segi penggunaan, didapati ada pelbagai cara. Pada umumnya, diminum atau disapu kira-kira seminggu sebelum tarikh kelahiran. Berdasarkan pengalaman, sewaktu di wad bersalin, ada jururawat di hospital swasta (muslimah) yang turut terpanggil untuk menyapukan minyak selusuh di perut ibu yang mengalami kesukaran bersalin.
Selain amalan minyak selusuh, banyakkanlah berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah supaya dimudahkan proses bersalin.
Komentar SRB: Bagi suami atau ibu mengandung yang ingin menyediakan minyak selusuh, tetapi kurang arif bagaimana membuat minyak kelapa sendiri, anda boleh menjadikan RajaBio Minyak Kelapa Dara sebagai minyak selusuh. Dengan syarat dibacakan doa selusuh yang dinyatakan di atas. Berdasarkan pengalaman seorang ibu mengandung yang pernah mengamalkan minyak selusuh, didapati rasa RajaBio lebih senang diterima tekak dan baunya tidak tengik. Apapun, setiap orang ada cita rasa masing-masing. :-)
Kredit kaifiyyat:
Amran Kasimin & Haron Din. 1997. Doa & Rawatan Penyakit (ii). Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. hlm. 178-182.
Haron Din. 2008. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab. Bandar Baru Bangi: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'). hlm. 26.
Amran Kasimin & Haron Din. 1997. Doa & Rawatan Penyakit (ii). Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. hlm. 178-182.
Haron Din. 2008. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab. Bandar Baru Bangi: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'). hlm. 26.
Kredit gambar: neal-morgan.com
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-)
No comments:
Post a Comment