RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Tuesday, 10 January 2012

Salawat Syifa': Salahkah Dibacakan Semasa Penghasilan RajaBio Minyak Kelapa Dara?

Kami terpanggil untuk menulis entri ini kerana berbangkit pula perihal Salawat Syifa'. Sungguh tidak terduga.

Pandangan kami, ya, raikanlah pelbagai pandangan dan aliran pemikiran dalam Islam, tapi jangan sampai memaksakan pandangan sendiri kepada orang lain. Sama-sama kita belajar untuk tidak menjadi taksub. Tambahan pula selepas sedemikian hebat mencemuh perusahaan orang Melayu Islam, yang sebangsa dan seagama, tanpa segan-silu diselitkan pula promosi untuk produk sendiri. Sama-sama kita belajar untuk berniaga secara beretika. Senaraikanlah kelebihan produk sendiri, di thread sendiri. Itulah yang dibuat oleh kami melalui forum-forum maya di Internet antaranya seperti CariGold dan Wanita kini. Seperkara lagi, produk kita tidak akan menjadi istimewa dengan cara mencaci produk orang lain.

Kami sertakan hujah kami bahawa tidak ada kesalahan langsung bagi sesiapa juga untuk mengamalkan Salawat Syifa'. Kami merujuk tulisan YBhg. Tuan Guru Ustaz Dato' Dr. Haron Din menerusi dua buah bukunya tentang perubatan Islam; "Doa & Rawatan Penyakit (1997)" hasil tulisan beliau bersama YB Dato' Dr. Amran Kasimin, dan "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab Edisi Kedua (2008)" tulisan beliau secara perseorangan.

Kedua-dua buah buku menyenaraikan Salawat Syifa' sebagai salah satu kaedah rawatan penyakit. Terjemahan maksudnya dalam bahasa Melayu:

"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya."

Menerusi buku terbitan 1997, dicatatkan nota kaki berkenaan istilah 'menyembuhkan' iaitu "Kesembuhan dengan menyebut selawat ke atasnya. Kesembuhan sebenar ialah daripada Allah." (hlm. 56)

Itu dari segi istilah.

Dari segi sumber Salawat Syifa' ini, dicatatkan menerusi buku terbitan tahun 2008, bahawa pengubatan Islam, yang merangkumi bacaan Salawat Syifa' yang diamalkan oleh Darussyifa' "merupakan sedutan yang bersumber dari Al-Quran, as-Sunah, amalan as-Salafussoleh, Ahluzzikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar." (hlm. x)

Ada penjelasan lain di tempat-tempat lain yang lebih panjang lebar, termasuk daripada lisan Ustaz Haron Din sendiri, namun pada kami hujah-hujah yang diutarakan sebentar tadi sudah memadai. Semoga selepas ini kita semua lebih berlapang dada, dan lebih merendah diri dalam menyampaikan pandangan. 
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

No comments: