Kami mendapat maklum balas menerusi forum-forum tertentu di Internet bahawa RajaBio Minyak Kelapa Dara didakwa merupakan perniagaan Multi-Level Marketing (MLM). Kami memandang serius dakwaan ini, kerana ia tidak benar sama sekali. Persoalan tersebut sepatutnya tidak berbangkit pun, sekiranya pihak yang memberi ulasan sedemikian membuka mata sedikit terhadap pernyataan yang telah kami sebutkan di forum berkenaan, dan ingin kami ulang sekali lagi, bahawa "Pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara tidak pernah berhasrat untuk menjadikan perusahaan ini sebagai MLM". Pernyataan yang sama telah kami paparkan di page "Soalan Lazim (FAQ)" di blog ini.
Malangnya, mereka yang membuat dakwaan melulu sedemikian tidak faham pun apa itu konsep MLM. Yang peliknya, dalam keadaan ketidakfahaman mereka itu, mereka menjadikan perusahaan RajaBio Minyak Kelapa Dara sebagai sasaran.
Sebagai rujukan dan makluman bersama, konsep MLM ini merupakan salah satu pendekatan bagi syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung. Perusahaan RajaBio Minyak Kelapa Dara bukan syarikat jualan langsung. Dengan sendirinya bererti perusahaan RajaBio Minyak Kelapa Dara juga tidak ada kaitan dengan MLM. Simple, bukan? Hujah ini sebetulnya sudah cukup untuk menolak tohmahan tidak berasas itu.
Baik, lihat pula definisi MLM. Menurut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, terdapat 3 kriteria penting yang perlu ada pada perniagaan berkonsepkan MLM iaitu:
(i) Syarikat akan mengambil / melantik individu sebagai ahli / pengedar untuk mengedar barangan syarikat;
(ii) Ahli / pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli / pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah; dan
(iii) Setiap ahli / pengedar akan mendapat komisen / bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus)
O.K., untuk tidak menjadikan penjelasan ini terlalu panjang, memadai dibandingkan kriteria (ii) dan (iii) di atas dengan amalan perusahaan RajaBio Minyak Kelapa Dara ini untuk menolak dakwaan semberono pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Perusahaan RajaBio Minyak Kelapa Dara ini memang satu bentuk perniagaan, dan setiap perniagaan tentulah perlukan sedikit keuntungan untuk terus bertahan (soalan: siapa yang berniaga untuk rugi?). Bagi setiap botol RajaBio Minyak Kelapa Dara yang dijual kepada pembeli, itulah sedikit keuntungan yang dinikmati. Siapa yang menjual, dialah yang memperoleh keuntungan tersebut. Tiada jualan, tiadalah keuntungan. Cuma setakat itu. Tidak ada "untung atas angin" hasil penat lelah downline menjual produk. Tidak ada komisen / insentif / bonus sekiranya menjual RajaBio Minyak Kelapa Dara dalam jumlah tertentu dan / atau dalam tempoh masa tertentu. Pada masa yang sama, dari segi logik dan "business-wise", takkanlah pelanggan yang membeli dalam kuantiti sedikit dan pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang banyak diberi harga yang sama, apatah lagi sekiranya pembelian dalam kuantiti yang banyak itu untuk tujuan tumpang berniaga. Takkanlah si peniaga tak boleh turut sama mengecapi sedikit keuntungan.
Sungguhpun demikian, pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara tidak sekali-kali dan tidak akan pernah, untuk mengenakan harga yang tidak munasabah, walaupun produknya begitu istimewa, dijaga kesucian pembuatannya dan berkualiti tinggi. Matlamat beliau adalah untuk menawarkan alternatif rawatan penyakit kepada mereka yang memerlukan, dengan menggunakan 100% bahan semula jadi iaitu minyak kelapa dara yang bekalan santannya diperolehi daripada orang Melayu Islam dari Sabak Bernam, kemudian dihasilkan sendiri secara tradisional oleh pengusaha tersebut yang juga merupakan orang Melayu Islam, dalam keadaan berwudhu', dibacakan salawat Syifa' dan ayat-ayat khusus dari Al-Quran, bebas kimia, bebas bahan tambahan, bebas pewarna dan bebas haba. Kalau pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara ini matlamatnya memaksimumkan keuntungan, sudah pasti beliau tidak menjual produk ini pada harga RM40 sahaja, walhal kuantiti minyak yang dituang ke dalam setiap botol sentiasa melebihi 150 ml.
Kami kepilkan juga >>> Garis Panduan MLM yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) <<< untuk anda yang inginkan penjelasan lanjut tentang MLM dari sudut pandangan agama.
Dengan penegasan ini, adalah diharapkan dakwaan melulu sedemikian akan terhenti sekadar di sini. Jika masih berlaku lagi, kami sebagai warga RajaBio Minyak Kelapa Dara serahkan kepada Rabbul Izzati untuk menghakimi.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)
NOTA:
Penegasan ini bertujuan menangkis dakwaan liar terhadap RajaBio Minyak Kelapa Dara, dan perlu dibaca dalam konteks itu sahaja. Warga RajaBio Minyak Kelapa Dara tidak pernah mempunyai sebarang sangkaan / tujuan tidak baik, sama ada secara sengaja atau sebaliknya, tersurat atau tersirat, terhadap mana-mana perniagaan jualan langsung sama ada berkonsepkan MLM atau tidak. Apatah lagi perniagaan jualan langsung dengan / tanpa MLM merupakan perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-)
No comments:
Post a Comment