![]() |
Kredit: bangiblog.my |
Dalam diam-diam, SRB mengorak langkah selanjutnya. Hasilnya, kini RajaBio Minyak Kelapa Dara boleh didapati di ie-mart, Jalan Pusat Medan, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Sebagai makluman anda, ie-mart cawangan Bangi merupakan kedai 24 jam yang khusus menawarkan beraneka jenis produk halal keluaran para pengusaha Islam secara IKS. Macam-macam produk ada dijual termasuk makanan dan minuman. Kecuali rokok. :-)
Menerusi kesempatan ini, SRB ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pengurus ie- mart cawangan Bangi atas kepercayaan yang telah diberikan.
Jadi, kepada anda yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi, silalah berkunjung ke ie-mart cawangan Bangi. Letaknya di blok rumah kedai di belakang Kompleks PKNS, dan berhampiran stesen minyak Shell (berdekatan Warta).
Ingat ie-mart, ingat RajaBio!

No comments:
Post a Comment