Tips Kekal Berat Badan di Rumah
Rumah sendiri adalah tempat terbaik di mana anda boleh mengawal pemakanan anda. Anda yang akan menentukan bila untuk makan, apa untuk dimakan dan bagaimana untuk menyediakan makanan.
Anda boleh menggunakan panduan di bawah ini untuk membantu anda menguruskan berat badan anda;
- Makan 3 hidangan yang lengkap setiap hari. Jika anda mempunyai keinginan untuk mengunyah, ambil sedikit lobak merah, timun dan buah jambu.
- Minum banyak air sepanjang hari, ia membantu anda berasa lebih kenyang.
- Jangan makan dengan laju, kerana anda akan makan lebih sedikit dan lebih menikmatinya.
- Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan.
- Daripada menggoreng, gunakan cara masakan yang lain seperti rebus, panggang, kukus, salai dan membakar. Cara ini mengelak anda menggunakan minyak dengan banyak.
- Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak dan lemak.
Komentar SRB: Elok juga dipertimbangkan penggunaan RajaBio. :-)
Kredit gambar: lose.kg
Kredit artikel: Mohd Hoesni Rahmat (Eksekutif Kesihatan dan Kecergasan NSTP). 10 Mac 2012. Kawal Permakanan, Berita Harian (sisipan Inspirasi). hlm. 13.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-)
Kredit gambar: lose.kg
Kredit artikel: Mohd Hoesni Rahmat (Eksekutif Kesihatan dan Kecergasan NSTP). 10 Mac 2012. Kawal Permakanan, Berita Harian (sisipan Inspirasi). hlm. 13.
No comments:
Post a Comment