RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Sunday, 26 February 2012

Penemuan Terbaru: Minyak Kelapa Dara Baik untuk Alzheimer

“All Izz Well” dengan minyak kelapa, kata Prof. Dr. Hegde

February 09, 2012 05:29 PM
Alekh Angre

Seorang profesor terkemuka berkata minyak kelapa mengandungi asid monolaurik, asid lemak sama yang terkandung di dalam susu ibu. Sehingga tahun 1930-an, roti di Amerika Syarikat pun dibuat menggunakan minyak kelapa. Keadaan mulai berubah selepas itu dan momokan tentang kolesterol berleluasa sehingga ke hari ini, kata Prof. Dr. Hegde.
Bertentangan dengan persepsi popular, Profesor Dr. BM Hegde, seorang doktor terkenal dan penerima anugerah Padma Bhushan berkata minyak kelapa pada hakikatnya merupakan sumber terbaik untuk merawat penyakit kulit dan Alzheimer.
Menurut beliau, minyak kelapa dan susu ibu ialah dua benda sahaja yang dapat dihadam di dalam mulut bayi. “Kedua-duanya iaitu minyak kelapa dan susu ibu mengandungi natrium monolaurat, yakni asid monolaurik dan membentuk asas sistem ketahanan badan manusia.”
Ujarnya lagi, pemberian susu selain susu ibu kepada bayi bukan merupakan pilihan yang baik, bahkan kita sepatutnya menggunakan minyak kelapa. Kata beliau, susu daripada lembu bersaiz lebih besar misalnya jenis Jersey, mengakibatkan tindak balas antibodi yang teruk daripada sistem manusia kerana protein susu ialah bendasing dan antigen. Malangnya, antibodi yang sama juga mengecam sel beta di dalam pankreas sebagai bendasing dan menyerangnya. “Secara ringkas, susu lembu tidak baik untuk bayi, dan sudah tentu orang dewasa juga, tambahan pula mereka tidak mempunyai sebarang enzim untuk menghadam sebarang jenis susu selepas berhenti meminum susu ibu,” kata Prof. Dr. Hegde lagi.
Sambil memberi amaran bahawa susu daripada mana-mana sumber asing hanyalah bom jangka yang menunggu untuk meletup tidak lama lagi, beliau walau bagaimanapun mengakui industri susu (tenusu) sangat berkuasa dan sangat sukar untuk mengungkapkan kebenaran. Namun demikian, katanya lagi industri tersebut sepatutnya lebih menumpukan penjualan susu ternyahasli dalam bentuk dadih, susu mentega dan minyak sapi yang merupakan makanan yang baik selain susu.  

Prof. Hegde menambah, “Ayurveda menjelaskan minyak sapi sebagai makanan terbaik yang memberikan Ojus, tahap kesihatan terbaik. Mentega tidaklah begitu baik memandangkan ia masih mengandungi protein lembu, tetapi minyak sapi ialah asid lemak tulen yang satu-satunya bersifat butirik semata-mata dan asid kaprionik, tidak mempunyai sebarang protein daripada lembu atau kerbau.”
Di Amerika Syarikat, makanan bayi mengandungi minyak kelapa sebagai asas utama. “Selepas menjalankan propaganda terhadap minyak kelapa, rakyat Amerika sekarang menerimanya sebagai rawatan pelbagai penyakit,” kata beliau.
Prof. Dr. Hegde menerangkan bahawa minyak kelapa juga digunakan secara meluas bagi merawat penyakit berkaitan Alzheimer disebabkan ia dihadam di dalam mulut dan bertukar menjadi keton. Kerosakan sel otak akibat Alzheimer boleh dipulihkan semula dengan keton. “Jika anda mengamalkan minyak kelapa sel otak tidak akan mati. Malah jika ia hampir mati sekalipun ia dapat dipulihkan,” tambahnya lagi.
Minyak kelapa juga merupakan penawar terbaik bagi pelbagai penyakit kulit. “Ia merupakan lemak semula jadi. Selain menyembuhkan penyakit kulit, ia juga boleh digunakan untuk melembutkan kulit,” kata Dr. Lata Joshi, seorang profesor di Kolej Perubatan MGM, Mumbai.
Hatta jangkitan yang teruk pada kulit juga boleh sembuh sepenuhnya dengan hanya menyapukan minyak kelapa dara menurut Prof. Dr. Hegde. Berkongsi anekdot tentang bagaimana minyak kelapa menyembuhkan masalah kulit, katanya, “Seorang kawan saya mengalami masalah kulit yang aneh. Selepas berjumpa pakar kulit, beliau dinasihatkan menggunakan *** ***. Walaupun tidak ada apa-apa perubahan, jangkita tersebut bernanah. Kemudiannya, dengan menyapukan minyak kelapa dara semata-mata, masalah kulitnya sembuh sepenuhnya.” Beliau juga menerangkan kelebihan minyak kelapa untuk masalah keguguran rambut dan kelemumur.
Menurut Prof. Dr. BM Hegde, minyak kelapa dalam sebarang bentuk baik tetapi bagi tujuan rawatan, minyak kelapa dara sepatutnya digunakan. Ia diekstrak daripada isirong kelapa segar tanpa sebarang proses kimia dan merupakan bentuk minyak kelapa dara paling tulen.
Kredit gambar: rlv.zcache.com
Kredit artikel: diterjemahkan secara bebas hasil petikan daripada moneylife, Personal Finance Magazine



Komentar SRB: Ada baiknya meluaskan horizon pemikiran terhadap pendapat orang lain, boleh jadi ada yang kita belum/baru tahu. Boleh sahaja bersetuju untuk tidak bersetuju, asalkan tiada pemaksaan penerimaan pandangan masing-masing di situ. Teruskan mencari dan mengkaji. :-)
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

2 comments:

Qaseh Yana said...

wahhh !
sy pakai minyak kelapa dara untuk kosmetik.
kasi kulit muka nampak lembap

Stokis Raja Bio said...

Qaseh Yana,

Amalan yang baik elok diteruskan. Kalau nak cuba RajaBio pula pm la ye. :-)