Penang International Halal Expo & Conference 2012 (PIHEC 2012) dianjurkan oleh Penang International Halal Hub (PIHH) Development Sdn Bhd iaitu sebuah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang. PIHEC kali ini merupakan yang ketiga sejak tahun 2012.
Pada edisi kali ini, sebanyak 200 buah ruang pameran (booths) disediakan untuk usahawan produk halal dari dalam dan luar negeri. Yang menariknya, penganjur mengkategorikan produk halal kepada tiga iaitu makanan (produk sedia dimakan, minuman, hasil tenusu dll.), bukan makanan (wangian, farmaseutikal, kosmetik, penjagaan diri, kulit dll.), dan sektor perbankan dan insurans. Seksyen khas untuk rempah-ratus dan makanan laut turut disediakan. Ekspo diadakan di Penang International Sports Arena (PISA), Bayan Baru dari 24-26 Februari 2012 dari 10 pagi sehingga 8 malam.
Selain itu, pada 25 Februari 2012, orang ramai termasuk para penyelidik, sarjana, ahli farmasi dan usahawan berpeluang mengikuti persidangan yang bertemakan "Industri Global Produk Penjagaan Diri dan Kosmetik". Tokoh-tokoh bertaraf antarabangsa akan membentangkan isu dan penyelesaian, hasil penyelidikan, dan teknologi dan trend terkini seiring dengan perkembangan industri kecantikan khususnya aspek halal. Persidangan ini akan berlangsung di Hotel Eastin. Pendaftaran bermula pada 8.30 pagi dan persidangan dijangka selesai pada 4.45 petang.
Komentar SRB: RajaBio Minyak Kelapa Dara juga insya-Allah akan turut sama memeriahkan PIHEC 2012. Temui saudara Fikri (wakil jualan Parit Buntar & Seberang Perai Selatan) di sana. Kalau ada rezeki pengusaha RajaBio Minyak Kelapa Dara sendiri akan turun padang. :-) Sila ikuti count down yang tertera di bahagian atas blog ini.
Kredit artikel & gambar: Penang International Halal Hub
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-)
Kredit artikel & gambar: Penang International Halal Hub
No comments:
Post a Comment