RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Tuesday 28 February 2012

Dialog dengan Encik A dari Kuala Terengganu tentang Eczema


Hari ini SRB menerima beberapa pertanyaan daripada seorang pengguna RajaBio, Encik A yang menetap di Kuala Terengganu. Beliau mengalami eczema. Berikut merupakan dialog di antara beliau dengan SRB:

Encik A: Salam, nak tanya kalau minum tu kena sebelum ke selepas makan?

SRB: Salam tuan. Seeloknya minum waktu pagi dan malam, sebelum makan (waktu perut kosong). Awal-awal ni minum 2 sudu besar setiap kali pun takpe, nanti dah stabil boleh kurangkan kadar penggunaannya jadi 1 sudu besar setiap kali. Apapun ikut keselesaan tuan, sebab masa awal-awal minum ni biasanya pengguna kerap ke bilik air, tapi lepas tu o.k. dah, sementara nak biasa.

Encik A: Kalau malam tu minum sebelum tidur ke? Minyak ni ada kena pantang dengan makanan lain tak?

SRB: Ya tuan, malam seeloknya sebelum tidur, dan waktu bangun pagi. Takat ni takde pantang apa, boleh teruskan pengambilan ubat lain jika ada. Cuma kalau berkaitan kulit ni ada baiknya elakkan soya, makanan laut dan pancaran terik matahari. Untuk kekalkan kelembapan kulit, tuan boleh sapu di badan selepas mandi. Untuk pakaian, lebih disarankan jenis kapas.

Encik A: O.k., kira selepas minum tu terus sapu kat kulit?

SRB: Boleh tuan, dan boleh juga sapu masa-masa lain selain lepas minum.

Encik A: O.k., terima kasih. Lain kali tanya lagi.

SRB: Sama-sama tuan, saya cuba jawab setakat yang tahu.

 
Kredit gambar: ehowcdn.com
Komentar SRB: Seyogia dimaklumkan bahawa jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pembacaan artikel kesihatan sebelum-sebelum ini, selain pengalaman pengguna lain dan diri sendiri. Sekiranya ada penambahan dan pengemaskinian maklumat penjagaan kesihatan, anda amatlah dialu-alukan.  
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

No comments: