RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Tuesday, 14 February 2012

Apa Nak Buat Kalau Anak Stress? Jangan Bimbang, Ada 7 Tips Berguna


Kelebihan didik anak urus tekanan sendiri bukan saja memudahkan anda, sebaliknya membentuk mereka menjadi insan lebih bahagia dan kurang stress. Kerja sekolah yang semakin banyak, peperiksaan selain hubungan bersama rakan sebaya adalah cabaran yang tidak dapat dielakkan daripada dihadapi.

Apabila kanak-kanak sedari kecil dapat mengawalnya dengan baik, besar kemungkinan mereka menjadi anak-anak cemerlang dalam hidup. Berikut merupakan sebahagian tips bagi membantu anak anda mengurus tekanan:
·              Bernafas - Tarik nafas adalah pelega paling baik dalam mengawal rasa tertekan selain mengelak daripada berhadapan dengan masalah dalam cara yang akan mewujudkan tekanan tambahan untuk diri mereka sendiri atau orang sekeliling.
·              Melukis - Melukis boleh jadi cara si kecil menyampaikan maklumat. Ia turut bertindak mengalih perhatiannya untuk jadi lebih tenang.
·              Komunikasi - Bertanya dan ajak si kecil bercakap mengenai masalah dihadapi itu. Jangan buat tidak endah sebaliknya lihat matanya ketika bercakap.
·              Bersukan - Riadah ini menguatkan otot dan ia amat disenangi anak-anak. Bermain lari-lari umpamanya bukan saja lebih sihat sebaliknya mengelakkan daripada rasa tertekan.
·              Sentuhan - Urutan bahagian belakang badan dapat melegakan sesiapa saja, tidak terkecuali si kecil. Urut bahagian belakangnya sudah cukup menyerlahkan sisi ambil berat dalam diri anda terhadap dirinya.
·              Makanan - Menu bergula serta makanan ringan yang mempunyai MSG menyebabkan kanak-kanak mempunyai tenaga berlebihan dan selalunya kanak-kanak kerap diberikan makanan sebegini lasak. Bila mereka disuruh duduk diam mereka akan memberontak atau stress.
·              Optimis - Stress antara cabaran hidup dan manusia tidak dapat lari darinya, tetapi individu perlu tahu menanganinya dengan cara yang betul dan optimis. Galakkan si kecil untuk bertahan dan mengambil risiko kerana ia boleh membantu mereka membesar menjadi orang dewasa yang gembira dan sihat.
Kredit gambar: The Parenting Magazine 
Kredit artikel: Nor Afzan Mohamad Yusof. 2012. Anakku Stress!. Berita Harian, 14 Februari: R7.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

4 comments:

Puan Kutu said...

setakat nie yg paling berkesan komunikasi kot.

*ayaq caq tu acar yg makan kt kenduri.guling2 saya gelak.kahkah..

Unknown said...

Puan Kutu,

Saya tunggu siaran sitcom/drama/filem yang sebut 'acar' sebagai 'acaq'. Depa selalunya ada kecenderungan meng''ain'kan semua perkataan yang berakhir dengan 'r'. Kalau orang utara dengar depa sebut macam tu alamat kena haria dah. :-)

Lizz said...

yang penting optimis. kalau tak optimis memang susah. buatlah apa pun tetap susah. hidup kena optimis

Unknown said...

Lizz,

Setuju, cuma ada masanya boleh bertukar jadi "Stockdale Paradox", nanti kalau ada kesempatan akan dihasilkan sebuah entri khusus mengenainya. :-)