RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Wednesday, 25 January 2012

Mencari Penawar Psoriasis

Encik X menyangka gatal-gatal di kepala beliau disebabkan kelemumur. Cik Y pula selama ini sungguh-sungguh percaya kulitnya mengalami masalah eczema. Rupa-rupanya, tanpa disedari mereka sebenarnya mengalami psoriasis. Apa benda tu, ek?

Psoriasis dalam bahasa orang awam boleh ditakrifkan sebagai sejenis penyakit kulit. Puncanya apabila sistem ketahanan badan tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Sistem ketahanan badan sepatutnya menghasilkan sel darah putih yang melindungi badan daripada jangkitan. Sebaliknya bagi pesakit psoriasis, sel T (sejenis sel darah putih) menyebabkan berlakunya kesan seperti terbakar/melepuh pada kulit. Sel T ini juga menyebabkan sel kulit tumbuh lebih cepat daripada biasa, dan menebal di bahagian luar kulit.
   
Psoriasis boleh terjadi di pelbagai bahagian badan termasuk kulit kepala,  belakang, siku, lutut, kuku dan sebagainya. Kadang-kadang, psoriasis juga melibatkan sendi, yang biasanya menyebabkan pesakit kaku seketika pada waktu pagi. Walaupun begitu, mereka yang berada di sekeliling pesakit psoriasis tidak perlu bimbang kerana penyakit ini tidak berjangkit apabila bersentuhan, misalnya apabila bersalaman/berjabat tangan.
Sesiapa juga boleh terkena psoriasis, sama ada lelaki atau perempuan. Tetapi ada kumpulan tertentu yang lebih berisiko mengalami psoriasis. Mereka termasuklah:
- Anak kepada pesakit psoriasis
- Wanita yang memiliki berat badan berlebihan
- Terdedah kepada cuaca sejuk
- Tekanan emosi dan fizikal
- Jangkitan
- Luka pada kulit
- Merokok
Di Malaysia, dianggarkan kira-kira 3% atau 400 ribu orang menghidap penyakit ini. Angka tersebut dinyatakan oleh Persatuan Psoriasis Malaysia dalam laman web mereka. Persatuan ini telah lama ditubuhkan iaitu sejak tahun 1987.

Menurut perspektif perubatan moden, psoriasis tidak mempunyai penawar tertentu kerana ia penyakit yang berulang-ulang; sekejap muncul kemudian menghilang. Walau bagaimanapun, ada dinyatakan beberapa kaedah rawatan yang biasa digunakan oleh pakar perubatan. Antaranya:
- Ubat sapu (psoriasis ringan)
- Terapi foto seperti ultra violet (psoriasis sederhana)
- Ubat yang sama ada dimakan/disuntik/disalurkan (psoriasis berat)

Namun demikian, pengambilan ubat-ubatan atau rawatan sedemikian  mempunyai kesan sampingan (side effects) tertentu. Hal ini mudah difahami memandangkan ubat-ubatan moden seringkali mengandungi bahan kimia atau dadah (drugs), manakala sinaran mengandungi radiasi. Akibatnya, antara lain lapisan kulit boleh menjadi bertambah nipis dan semakin sensitif kepada cahaya matahari.
 
Oleh yang demikian, lazimnya pesakit disyorkan mengamalkan gaya hidup sihat.  Misalnya:
- Diet seimbang
- Minum air banyak-banyak
- Tidur secukupnya
- Tidak merokok
- Tidak minum arak
- Kurangkan tekanan (stress)
- Pakai pakaian jenis kapas
- Mandi air suam (bukan air panas) tetapi jangan lama-lama
- Jangan garu
- Elakkan terkena pancaran terik matahari
Pesakit juga digalakkan supaya memastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap sepanjang masa, termasuk selepas mandi. Bagi tujuan ini, losyen/jel/pelembap yang bersesuaian boleh digunakan. Sekiranya ingin mencuba sesuatu yang semulajadi sepenuhnya dan bebas kimia, bolehlah sapu atau lumur RajaBio pada bahagian yang terkena psoriasis bagi melembapkan kulit.

Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Tuesday, 24 January 2012

5 Tabiat Merosakkan Kulit

Tanpa disedari kadang kala sesetengah tabiat seharian kita memberi kesan buruk pada kulit termasuk berjerawat, kusam dan kering tidak bermaya. Antara tabiat buruk tersebut termasuklah:

(i) Bercakap di telefon terlalu lama
Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di sebarang tempat termasuk di tempat-tempat berdebu seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari, ia boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlalu lama. Untuk mengelakkannya, lap dulu telefon sebelum menggunakannya.

(ii) Kerap mengerutkan mata
Tabiat sesetengah daripada kita tidak gemar mengenakan kaca mata atau lensa sesentuh walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan anda mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Jika perbuatan ini berlarutan, kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua.

(iii) Penggunaan penyembur rambut (hair spray)
Banyak yang menggunakan tapak tangan untuk melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Tapak tangan tidak dapat melindungi seluruh wajah kerana partikel-partikel kecil daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada wajah yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut.

(iv) Malas mengganti sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati di wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia menebal dan timbul bakteria. Jadi, jika malas mengganti sarung bantal bermakna anda tidur di atas timbunan bakteria.

(v) Kerap mandi air panas
Mandi air panas memang nikmat. Tapi jika terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan jadi sangat kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut.

Komentar SRB: Mesti ramai tak sedar 5 tabiat berkenaan beri kesan pada kulit kita, kan? Kalau tak boleh elak juga tabiat-tabiat tu, cer sapu RajaBio pada kulit, kurang-kurang boleh repair kulit yang kurang sihat :-)



Kredit artikel: Utusan Malaysia, sisipan mega, 18 Januari 2012 (Rabu), hlm. 8


Kredit gambar: mongabay.com, djvice.com, hairfinder.com
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com