RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Showing posts with label minyak kelapa dara. Show all posts
Showing posts with label minyak kelapa dara. Show all posts

Wednesday, 12 September 2012

Sebab-Musabab Mengapa Orang Tidak Lagi Membeli RajaBio

Credit: http://www.viralblog.com/wp-content/uploads/2012/07/customers.png
 
Semalam sewaktu beratur di Maybank Putrajaya, terserempak dengan seorang kawan, FS, yang pernah membeli sebotol minyak kelapa dara Rajabio.  Kata beliau, masalah eczema anak beliau telahpun tiada hasil penggunaan Rajabio. Ohhh... hanya dengan sebotol sahaja.  Memang kena bagitau taukeh RajaBio lah cenggini, kena promosi giat sebab customer tidak akan bertahan... huhuhu.

 
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Friday, 31 August 2012

Kelemahan Minyak Kelapa Dara RajaBio

Credit: http://cdn3.deseretbook.com/
 
Antara kelemahan Minyak Kelapa Dara RajaBio ialah pembeli mungkin hanya akan beli sehingga 4-5 botol sahaja, kemudian tidak lagi menelefon untuk membeli produk tersebut. Apabila ditanya kenapa tidak lagi membeli Rajabio, jawapan yang mereka berikan sangat senang:

"Sakit dah baik...tak payah makan lagi".

Dah kurang customer....nak suka ke tak nak suka...hohoho.
 
Selamat meraikan rumah-rumah terbuka Aidil Fitri, dan selamat menyambut raya Puasa Enam kepada semua pengguna RajaBio. :-)
 
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Tuesday, 22 May 2012

PENGUMUMAN: Penyahaktifan Talian Telefon 013-675 6090

Dimaklumkan bahawa talian telefon 013-675 6090 kini telah dinyahaktifkan. Sehubungan itu, pesanan RajaBio boleh dibuat dengan cara menghubungi nombor telefon wakil-wakil jualan yang tertera di atas. Ataupun menerusi e-mail ke stokis.raja.bio@gmail.com

Sekian, terima kasih.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Tuesday, 1 May 2012

Kata Kunci Carian Pengunjung Blog Stokis RajaBio

Menarik juga apabila sekali-sekala menganalisis kata kunci yang ditaip oleh pengguna internet di enjin carian seperti Yahoo, Google dan sebagainya. Kata kunci yang akhirnya membawa mereka mengunjungi blog Stokis RajaBio, sebahagiannya secara tidak sengaja. :-)

Cubalah lihat kata kunci mereka di bawah ini. Kadang-kadang terfikir juga entah apa sebenarnya yang bermain di fikiran mereka, haha.

Kata Kunci Carian Bulan April 2012
Kata Kunci Carian Minggu Ke-4 Bulan April 2012

Kata Kunci Carian Minggu 1 Bulan Mei 2012
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Hadiah Penyertaan Stokis RajaBio dalam Peraduan di Blog Zool Liga Kampung

Susulan entri bagi peraduan di blog kelolaan Encik Zool Liga Kampung bertajuk Kraftangan dan Aku, hadiah selaku peserta pertama telah diterima beberapa ketika dahulu. Walau bagaimanapun, hadiah tersebut tidaklah sampai ke tangan Stokis RajaBio sendiri, sebaliknya telah selamat tiba di kampung halaman. Menerusi ruangan ini, Stokis RajaBio ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Zool atas hadiahnya itu. Dikhabarkan bahawa hadiah tersebut berupa kraftangan sepasang sepatu kayu dengan sulaman berona tema merah jambu.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Thursday, 5 April 2012

RajaBio Bertukar Tangan di Kementerian Penerangan, Presint 4, Putrajaya

3 botol RajaBio telah disampaikan kepada Cik I di Kementerian Penerangan, Presint 4, Putrajaya siang tadi. Terima kasih atas bantuan Puan K, memandangkan Encik Azman sedang outstation. Difahamkan Cik I mendapatkan RajaBio untuk bapanya, yang masih sihat, tetapi ingin menjadikan minyak kelapa dara sebagai ikhtiar mengekalkan kesihatan.

Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau seisi keluarga.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Friday, 30 March 2012

Antioxidant Capacity and Phenolic Acids of Virgin Coconut Oil

The antioxidant properties of virgin coconut oil produced through chilling and fermentation were investigated and compared with refined, bleached and deodorized coconut oil. Virgin coconut oil showed better antioxidant capacity than refined, bleached and deodorized coconut oil. The virgin coconut oil produced through the fermentation method had the strongest scavenging effect on 1,1-diphenyl-2-picrylhydrazyl and the highest antioxidant activity based on the β-carotene–linoleate bleaching method. However, virgin coconut oil obtained through the chilling method had the highest reducing power. The major phenolic acids detected were ferulic acid and p-coumaric acid. Very high correlations were found between the total phenolic content and scavenging activity (r=0.91), and between the total phenolic content and reducing power (r=0.96). There was also a high correlation between total phenolic acids and β-carotene bleaching activity. The study indicated that the contribution of antioxidant capacity in virgin coconut oil could be due to phenolic compounds.

Read More: http://informahealthcare.com.www.ezplib.ukm.my/doi/abs/10.1080/09637480802549127?prevSearch=allfield%253A%2528virgin%2Bcoconut%2Boil%2529&searchHistoryKey=

P/S: Should you care to have a try, we would suggest RajaBio. :-)
Reference:
International Journal of Food Sciences and Nutrition, 2009, Vol. 60, No. s2 , Pages 114-123 (doi:10.1080/09637480802549127)           
1Department of Food Technology, Faculty of Food Science and Technology, Universiti Putra Malaysia, Selangor, D.E., Malaysia
2Halal Products Research Institute, Universiti Putra Malaysia, Selangor, D.E., Malaysia
3Department of Nutrition and Dietetics, Faculty of Medicine and Health Science, Universiti Putra Malaysia, Selangor, D.E., Malaysia
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Saturday, 10 March 2012

Cara-cara Mencegah Serangan Jantung

  • Hentikan mengambil makanan segera yang tidak menyihatkan, minuman berkarbonat, minuman segera, krimer bukan daripada susu.
  • Elakkan memakan ais krim yang mengandungi krimer yang tinggi, membuat air minuman dengan krimer selain susu, memakan makanan yang mengandungi marjerin, makanan terproses seperti burger, nuget, kentang goreng dan kentang berperisa.
  • Tabiat mandi selepas makan juga boleh menyebabkan perut dan jantung menjadi lemah dan menyumbang kepada serangan jantung bagi jangka panjang.
  • Kurangkan juga memakan nasi lemak yang dibeli kerana kebanyakan nasi lemak yang dijual di luar dicampur dengan minyak masak kerana peniaga bertujuan menjadikan nasi nampak licin dan cantik berderai. Berbanding dengan nasi lemak yang dimasak sendiri kita boleh mengurangkan kandungan santan yang digunakan mengikut kesesuaian kesihatan diri.
Kredit gambar: localism.com
Kredit artikel: Habsah Dinin. 10 Mac 2012. Berita Harian (sisipan 1klassifieds). hlm. 1.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Tanda-tanda Jantung Anda Mungkin Tidak Sihat

  • Kerap berdebar-debar. Malah, ada kalanya tiba-tiba jantung atau dada anda berdebar dengan laju walau dengan pun ketika itu anda hanya membaca buku.
  • Ini diikuti dengan berpeluh pada dahi, kerap merasa sakit pada dada, sering mencungap dan kadang-kala pada aktiviti yang ringan seperti menunaikan solat pun anda boleh mencungap.
  • Selain itu, anda mungkin alah kepada cuaca panas dan tidak menyedari perkara ini apabila anda berasa alah dengan panas terik matahari di mana badan akan banyak berpeluh serta tidak selesa.
  • Tapak tangan yang basah dalam keadaan tidak menentu.
Komentar SRB: Anda ada tanda-tanda tersebut?

Kredit gambar: odyb.net

Kredit artikel: Habsah Dinin. 10 Mac 2012. Berita Harian (sisipan 1klassifieds). hlm. 1.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

6 Tips Kekal Berat Badan di Rumah


Tips Kekal Berat Badan di Rumah

Rumah sendiri adalah tempat terbaik di mana anda boleh mengawal pemakanan anda. Anda yang akan menentukan bila untuk makan, apa untuk dimakan dan bagaimana untuk menyediakan makanan.

Anda boleh menggunakan panduan di bawah ini untuk membantu anda menguruskan berat badan anda;
  • Makan 3 hidangan yang lengkap setiap hari. Jika anda mempunyai keinginan untuk mengunyah, ambil sedikit lobak merah, timun dan buah jambu.
  • Minum banyak air sepanjang hari, ia membantu anda berasa lebih kenyang.
  • Jangan makan dengan laju, kerana anda akan makan lebih sedikit dan lebih menikmatinya.
  • Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan.
  • Daripada menggoreng, gunakan cara masakan yang lain seperti rebus, panggang, kukus, salai dan membakar. Cara ini mengelak anda menggunakan minyak dengan banyak.
  • Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak dan lemak.
Komentar SRB: Elok juga dipertimbangkan penggunaan RajaBio. :-)

Kredit gambar: lose.kg

Kredit artikel: Mohd Hoesni Rahmat (Eksekutif Kesihatan dan Kecergasan NSTP). 10 Mac 2012. Kawal Permakanan, Berita Harian (sisipan Inspirasi). hlm. 13. 
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Thursday, 8 March 2012

Pembelian Berulang 3 Botol RajaBio Untuk Eczema

Puan K dihubungi oleh seorang ibu yang juga rakannya, Puan SK, siang tadi. Panggilan bertujuan untuk mendapatkan lagi 3 botol RajaBio susulan pembelian 3 botol RajaBio sebelum ini bagi merawat masalah eczema yang dihadapi anaknya.

Berikut merupakan coretan Puan SK di Facebook pula:

"Terima kasih Puan K kerana memperkenalkan saya dgn minyak kelapa dara Rajabio. Amat berkesan untuk sesiapa yg mengidap eczema, melebatkan rambut dan lain-lain. Kawan-kawan yg lain silalah cuba..."

Kami mendoakan agar anakanda beliau lekas sembuh sepenuhnya, insya-Allah, amin...

Kredit gambar: Real-Tech Guy
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Tuesday, 28 February 2012

Dialog dengan Encik A dari Kuala Terengganu tentang Eczema


Hari ini SRB menerima beberapa pertanyaan daripada seorang pengguna RajaBio, Encik A yang menetap di Kuala Terengganu. Beliau mengalami eczema. Berikut merupakan dialog di antara beliau dengan SRB:

Encik A: Salam, nak tanya kalau minum tu kena sebelum ke selepas makan?

SRB: Salam tuan. Seeloknya minum waktu pagi dan malam, sebelum makan (waktu perut kosong). Awal-awal ni minum 2 sudu besar setiap kali pun takpe, nanti dah stabil boleh kurangkan kadar penggunaannya jadi 1 sudu besar setiap kali. Apapun ikut keselesaan tuan, sebab masa awal-awal minum ni biasanya pengguna kerap ke bilik air, tapi lepas tu o.k. dah, sementara nak biasa.

Encik A: Kalau malam tu minum sebelum tidur ke? Minyak ni ada kena pantang dengan makanan lain tak?

SRB: Ya tuan, malam seeloknya sebelum tidur, dan waktu bangun pagi. Takat ni takde pantang apa, boleh teruskan pengambilan ubat lain jika ada. Cuma kalau berkaitan kulit ni ada baiknya elakkan soya, makanan laut dan pancaran terik matahari. Untuk kekalkan kelembapan kulit, tuan boleh sapu di badan selepas mandi. Untuk pakaian, lebih disarankan jenis kapas.

Encik A: O.k., kira selepas minum tu terus sapu kat kulit?

SRB: Boleh tuan, dan boleh juga sapu masa-masa lain selain lepas minum.

Encik A: O.k., terima kasih. Lain kali tanya lagi.

SRB: Sama-sama tuan, saya cuba jawab setakat yang tahu.

 
Kredit gambar: ehowcdn.com
Komentar SRB: Seyogia dimaklumkan bahawa jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pembacaan artikel kesihatan sebelum-sebelum ini, selain pengalaman pengguna lain dan diri sendiri. Sekiranya ada penambahan dan pengemaskinian maklumat penjagaan kesihatan, anda amatlah dialu-alukan.  
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Kulit Berminyak & Eczema: Maklum Balas Pengguna RajaBio di Presint 1, Parcel D, Putrajaya


Dengan bantuan Puan K, RajaBio kini sedang digunakan oleh beberapa pengguna di Presint 1, Parcel D, Putrajaya.

Salah seorang daripada mereka mempunyai masalah kulit berminyak setiap kali apabila bangun daripada tidur. Selepas mendapatkan RajaBio, beliau menyapukan pada wajahnya sebelum tidur. Dengan tidak disangka-sangka, pada keesokan hari, beliau mendapati wajahnya tidak lagi berminyak seperti biasa.

Anaknya pula mengalami eczema. Selain disapu pada kulit anaknya itu, beliau juga 'memaksa' anaknya untuk minum RajaBio. Dengan tidak disangka-sangka juga, biarpun baru sekali digunakan, beliau dapati kulit anaknya sudah lembut dan tidak merekah dan berdarah seperti lazimnya.

Kami mendoakan kesihatan beliau sekeluarga agar sembuh seperti sedia kala, insya-Allah, amin...

Kredit gambar: 4.bp.blogspot.com 

Komentar SRB: Anda bila lagi? :-)
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Thursday, 23 February 2012

PENGUMUMAN: Penangguhan Penyertaan RajaBio di PIHEC 2012

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan tidak disengajakan, RajaBio menangguhkan penyertaannya di PIHEC 2012 yang bermula pada hari ini. Walau bagaimanapun, terima kasih atas sokongan, minat dan maklum balas saudara-saudari, antaranya e-mail yang diterima daripada Cik Lee May Ying pada 18 Februari 2012. Insya-Allah, sekiranya tiada aral RajaBio akan menyertai PIHEC bagi edisi-edisi berikutnya.

Kredit gambar: 3NEWS  
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Nuffnangers Tetamu Blog Stokis RajaBio 23 Februari 2012

Tetamu Nuffnangers yang mengunjungi blog SRB minggu ini. Senang-senang datanglah lagi. :-)

Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

RajaBio Menemui Cik N Secara Bersemuka di Parcel E, Presint 1, Putrajaya

Siang tadi, dengan bantuan Puan K, RajaBio telah selamat disampaikan kepada Cik N di Putrajaya. Kebetulan mereka berjiran di kawasan sekitar Parcel E, Presint 1, jadi pertemuan diatur sesudah waktu pejabat.

SRB mendoakan kesembuhan Cik N dalam merawat jerawatnya, insya-Allah, amin...

Kredit gambar: kiat.net
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Friday, 17 February 2012

Tiroid, Ipoh dan RajaBio

Dalam tempoh beberapa hari ini, SRB menerima pertanyaan daripada 3 individu menerusi 3 medium berbeza:

Nur dan misscindut merupakan individu yang sama, manakala Nur Aizatul kelihatannya seorang ustaz.

Entah suratan atau kebetulan, kesemua pertanyaan tersebut menjurus kepada keberkesanan RajaBio dalam proses penyembuhan penyakit berkaitan tiroid.
Entah suratan atau kebetulan juga, mereka bertanya sama ada RajaBio ada dijual di Ipoh.
Pada asasnya jawapan SRB kepada mereka adalah seperti berikut:
“Terima kasih kerana berminat dengan RajaBio.
Salah satu khasiat RajaBio adalah merangsang tiroid seterusnya membina sistem pertahanan badan yang lebih kebal terhadap penyakit. Setakat ini maklum balas yang diterima daripada pengguna RajaBio adalah bagi resdung, eczema, jerawat, luka, kaki yang sejuk, tumit pecah, masalah rambut, kolesterol, batuk, selesema, mengurangkan berat badan, minyak selusuh, sembelit dan beberapa masalah kesihatan lagi. Terdapat juga pengguna yang sedang mencuba RajaBio sebagai ikhtiar untuk tonsil. Insya-Allah sekiranya ada perkembangan terkini tentang tiroid pula SRB akan maklumkan di medium yang bersesuaian termasuk di blog ini dari semasa ke semasa.
Bagi kawasan Ipoh, belum ada wakil jualan RajaBio lagi. Paling dekat ialah Parit Buntar oleh saudara Fikri (019-547 4892). Jika berminat untuk mendapatkan RajaBio, SRB boleh aturkan dengan saudara Fikri. Atau boleh sahaja diPos Laju dari sini." 

Kredit gambar: DOCTOR tipster
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

PENGUMUMAN: Penstrukturan Semula Kawasan Wakil Jualan RajaBio di Putrajaya


Seperti mana telah sedia maklum, wakil jualan RajaBio bagi kawasan Putrajaya ialah saudara Azman (010-221 4600).

Walau bagaimanapun, kerana kekangan masa, atas permintaan beliau sendiri sebentar tadi, maka kawasan liputan beliau bagi jualan RajaBio di Putrajaya kini dihadkan kepada Presint 4 sahaja, lebih khusus lagi kawasan Persiaran Perdana sekitar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Perumahan Negara. Selain itu, bagi kawasan Seremban khususnya Seremban 2, beliau masih bersedia membekalkan RajaBio seperti biasa.

Selaras dengan penstrukturan semula kawasan wakil jualan RajaBio di Putrajaya ini, bagi memenuhi permintaan pengguna RajaBio di kawasan selain Presint 4, tanggungjawab tersebut kini diserahkan kepada saudara Tawfik (012-411 5691). Beliau sedia menghantar RajaBio terus kepada anda di mana-mana jua kawasan di Putrajaya. Kos penghantaran percuma.

Sekian, dimaklumkan.

Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Wednesday, 15 February 2012

Misteri RajaBio yang Kesejukan di Putrajaya

Suatu hari, seorang pengasas bersama Lullabean Bean Bags Maker yakni Encik Azman Abdullah bertanya tentang misterius RajaBio yang bertukar sifatnya.

Iyalah, pekerja di tapak piramid pun akan terkesan dengan suasana sekitar (haha!), inikan pula RajaBio yang kesejukan dalam suhu pendingin hawa pejabat yang diselaraskan. Tapi jangan risau, tetap selamat digunakan, bahkan ada yang lebih gemar menggunakannya dalam keadaan begitu.

Atau letakkan saja di tempat bersuhu normal, insya-Allah dari minyak ia datang, kepada minyak jua ia kembali. :-)


Kredit gambar: Sumbangan Puan K, sebuah pejabat di Putrajaya.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

RajaBio Minyak Kelapa Dara di Putrajaya

RajaBio Minyak Kelapa Dara kini di Putrajaya, (& Seremban 2 jua). Terima kasih kepada saudara Azman. Ya, beliau merupakan pengasas bersama Lullabean, home-made bean bags. Sambil-sambil meneliti Lullabean yang berkenaan di hati, RajaBio boleh dicuba sekali. :-)

Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com