RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

Saturday, 10 March 2012

6 Tips Kekal Berat Badan di Rumah


Tips Kekal Berat Badan di Rumah

Rumah sendiri adalah tempat terbaik di mana anda boleh mengawal pemakanan anda. Anda yang akan menentukan bila untuk makan, apa untuk dimakan dan bagaimana untuk menyediakan makanan.

Anda boleh menggunakan panduan di bawah ini untuk membantu anda menguruskan berat badan anda;
  • Makan 3 hidangan yang lengkap setiap hari. Jika anda mempunyai keinginan untuk mengunyah, ambil sedikit lobak merah, timun dan buah jambu.
  • Minum banyak air sepanjang hari, ia membantu anda berasa lebih kenyang.
  • Jangan makan dengan laju, kerana anda akan makan lebih sedikit dan lebih menikmatinya.
  • Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan.
  • Daripada menggoreng, gunakan cara masakan yang lain seperti rebus, panggang, kukus, salai dan membakar. Cara ini mengelak anda menggunakan minyak dengan banyak.
  • Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak dan lemak.
Komentar SRB: Elok juga dipertimbangkan penggunaan RajaBio. :-)

Kredit gambar: lose.kg

Kredit artikel: Mohd Hoesni Rahmat (Eksekutif Kesihatan dan Kecergasan NSTP). 10 Mac 2012. Kawal Permakanan, Berita Harian (sisipan Inspirasi). hlm. 13. 
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Tuesday, 14 February 2012

Apa Nak Buat Kalau Anak Stress? Jangan Bimbang, Ada 7 Tips Berguna


Kelebihan didik anak urus tekanan sendiri bukan saja memudahkan anda, sebaliknya membentuk mereka menjadi insan lebih bahagia dan kurang stress. Kerja sekolah yang semakin banyak, peperiksaan selain hubungan bersama rakan sebaya adalah cabaran yang tidak dapat dielakkan daripada dihadapi.

Apabila kanak-kanak sedari kecil dapat mengawalnya dengan baik, besar kemungkinan mereka menjadi anak-anak cemerlang dalam hidup. Berikut merupakan sebahagian tips bagi membantu anak anda mengurus tekanan:
·              Bernafas - Tarik nafas adalah pelega paling baik dalam mengawal rasa tertekan selain mengelak daripada berhadapan dengan masalah dalam cara yang akan mewujudkan tekanan tambahan untuk diri mereka sendiri atau orang sekeliling.
·              Melukis - Melukis boleh jadi cara si kecil menyampaikan maklumat. Ia turut bertindak mengalih perhatiannya untuk jadi lebih tenang.
·              Komunikasi - Bertanya dan ajak si kecil bercakap mengenai masalah dihadapi itu. Jangan buat tidak endah sebaliknya lihat matanya ketika bercakap.
·              Bersukan - Riadah ini menguatkan otot dan ia amat disenangi anak-anak. Bermain lari-lari umpamanya bukan saja lebih sihat sebaliknya mengelakkan daripada rasa tertekan.
·              Sentuhan - Urutan bahagian belakang badan dapat melegakan sesiapa saja, tidak terkecuali si kecil. Urut bahagian belakangnya sudah cukup menyerlahkan sisi ambil berat dalam diri anda terhadap dirinya.
·              Makanan - Menu bergula serta makanan ringan yang mempunyai MSG menyebabkan kanak-kanak mempunyai tenaga berlebihan dan selalunya kanak-kanak kerap diberikan makanan sebegini lasak. Bila mereka disuruh duduk diam mereka akan memberontak atau stress.
·              Optimis - Stress antara cabaran hidup dan manusia tidak dapat lari darinya, tetapi individu perlu tahu menanganinya dengan cara yang betul dan optimis. Galakkan si kecil untuk bertahan dan mengambil risiko kerana ia boleh membantu mereka membesar menjadi orang dewasa yang gembira dan sihat.
Kredit gambar: The Parenting Magazine 
Kredit artikel: Nor Afzan Mohamad Yusof. 2012. Anakku Stress!. Berita Harian, 14 Februari: R7.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com