RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Showing posts with label RajaBio Minyak Kelapa Dara. Show all posts
Showing posts with label RajaBio Minyak Kelapa Dara. Show all posts

Saturday, 20 October 2012

ie-mart Bangi Kini Imart

Credit: Imart Bangi
Sebagai pekerja yang akur dengan arahan, kami ke Kuala Linggi hari ini untuk urusan mesyuarat.  Perjalanan lebih seratus kilomter itu, ditambah seratus kilometer lebih lagi bagi perjalanan pulang sememangnya menduga ketahanan diri.  Sebabnya, minda sudah menetapkan bahawa memadai sekadar lima hari bekerja yang hari-harinya pulang malam, manakala Sabtu dan Ahad ialah hari bercuti merehatkan diri dan meluangkan masa untuk ahli keluarga dan sanak saudara.  Tapi nampaknya Sabtu masa kini bukan lagi hari untuk bercuti walau telah digazetkan secara rasmi.
 
Menempuh perjalanan yang jauh seawal gelap-gelap pagi dengan sanak kaum famili akhirnya membawa kami kembali ke Bangi.  Selepas makan tengah hari, teringat pula hari itu susu anak sekadar dibeli sekotak dua.  Alang-alang sudah ada di sekitar sini, kami pun mengambil keputusan untuk menambah stok susu lagi.  Apabila sahaja sampai ke tempat kunjungan seperti biasa, kami mendapati bahawa ie-mart sudah tiada lagi.  Serius, ie-mart Bangi sudah tiada lagi!
 
Di papan tanda kedai tertera, 'Imart'.  Seperti biasa, kasut ditanggalkan di muka pintu.  Menuju ke rak susu kanak-kanak.  Wah, banyak pula, selalu cepat habis.  Selepas mencapai 4 kotak susu, menuju ke kaunter untuk pembayaran.  Sambil-sambil itu bertanya tentang pertukaran nama kedai.  Ada laman web rasmi rupa-rupanya; http://www.imart-bangi.com.my/home .
 
Kami juga dimaklumkan bahawa stok RajaBio habis dibeli oleh pengguna yang ingin menggunakannya sebagai minyak selusuh.  Hmmm..., walaupun tidak menggantung streamer seperti orang lain, nampaknya RajaBio ada peminatnya tersendiri.  Terima kasih kerana meyakini RajaBio, insya-Allah kami akan replenish stok seberapa segera di Imart Bangi ini.
 
Sehingga itu, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha untuk muslimin muslimat di luar sana.  Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil hamd!
 
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Sunday, 14 October 2012

RajaBio Dah Habis di ie-mart Bangi

Credit: http://www.ouble.com/
 
 
Seperti biasa, kami ke ie-mart Bangi untuk membeli susu anak.  Sambil-sambil juga membeli frozen foods untuk kudapan malam, kami tidak lupa melihat-lihat stok RajaBio Minyak Kelapa Dara yang ada. 
 
Pergh, RajaBio dah habis!  Berkesan juga kaedah promosi menerusi blog ni.  Berdasarkan semakan kepada keywords search, memang ada pelanggan yang tercari-cari kedai di Bangi yang menjual minyak kelapa dara.  Besar kemungkinan mereka juga yang membeli RajaBio di ie-mart tu sampai habis tak tinggal sekotak pun. 
 
Apa pun, RajaBio akan kembali ke rak ie-mart Bangi.  Harap-harap pelanggan setia RajaBio setia menanti.  Terima kasih daun keladi kepada yang sudah membeli.  :-)
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Saturday, 30 June 2012

Sesi Temubual dengan Encik Bob di ie-mart Bandar Baru Bangi

Credit: aarkangel.wordpress.com

Masih ingatkah anda akan entri bertarikh 10 Jun 2012 bertajuk ie-mart Bangi dan RajaBio Minyak Kelapa Dara

Semalam, kami singgah lagi di ie-mart Bangi.  Kali kedua dalam bulan Jun 2012 ini.  Selain membeli barang-barang keperluan keluarga, kami juga ingin meninjau perkembangan jualan RajaBio Minyak Kelapa Dara.

Di luar jangkaan kami, RajaBio yang diletakkan di rak paling hadapan, betul-betul di muka pintu masuk telah mendapat sambutan menggalakkan.  Dalam tempoh kira-kira 3 minggu sahaja, sebanyak 28% RajaBio telah terjual!

Pada hemat kami, ini bererti RajaBio sebenarnya telah pun mempunyai peminatnya yang tersendiri, walaupun boleh dikatakan baru lagi di pasaran.

Bagi mendapatkan gambaran sebenar, kami menemubual petugas ie-mart Bangi ketika itu.  Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Bob memberitahu bahawa pada umumnya pengguna mendapatkan RajaBio di situ sebagai ikhtiar merawat penyakit kulit.  Ada juga kes di mana kulit seorang pengguna telah tersagat di atas jalan raya semasa berlakunya kemalangan.  Setakat ini, menurut saudara Bob lagi, maklum balas pengguna yang telah mengamalkan RajaBio adalah positif.  Walau bagaimanapun, pada pandangan beliau kesan pemulihan adalah bergantung kepada seseorang pengguna itu sendiri. 

Jika anda berkunjung ke ie-mart Bangi, silalah dapatkan kepastian daripada saudara Bob tentang RajaBio.  Insya-Allah beliau sangat arif tentang apa jua produk yang berada di dalam kedai tersebut, dari A sampai Z.  Cuba tanyakan kepada beliau tentang apa-apa produk pun termasuk RajaBio, pasti beliau sentiasa bersedia dengan ceria untuk menjawab kemusykilan anda. 

p/s : Gambar di atas sekadar hiasan, tiada sebarang kaitan dengan saudara Bob di ie-mart Bandar Baru Bangi. :-)

Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Kunjungan ke Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Puan K telah menghantar 5 kotak RajaBio Minyak Kelapa Dara kepada seorang ibu di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.  Pesanan RajaBio yang dibuat oleh ibu tersebut bertujuan merawat eczema yang dihadapi oleh dua orang cahaya mata kesayangannya yang masih kecil.  Beliau juga merupakan pengguna setia RajaBio dan ini merupakan pembelian kali ke-4.  Setakat ini alhamdulillah, dengan izin Allah, hasil penggunaan RajaBio menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Kami mendoakan agar anak-anak beliau dapat sembuh segera sepenuhnya.  Amin.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Sunday, 24 June 2012

Carian RajaBio Minyak Kelapa Dara di Internet 19 Jun 2012 - 25 Jun 2012


Sepanjang minggu ini, blog SRB dikunjungi hasil carian 10 kata kunci utama seperti di atas.  Nampaknya RajaBio sudah mula mendapat perhatian ramai, dibuktikan menerusi kata kunci berikut; "minyak kelapa dara raja bio" (3 carian), "minyak kelapa dara rajabio" (1) dan "rajabio minyak kelapa dara" (1). 

Tambah menarik, ada juga yang ingin tahu di mana "kedai yang menjual minyak kelapa dara di bandar baru bangi".  Bagi mereka yang berkenaan, RajaBio Minyak Kelapa Dara ada dijual di ie-mart Seksyen 9.  Untuk maklumat lanjut boleh sahaja baca di entri bertarikh 10 Jun 2012, "ie-mart Bangi dan RajaBio Minyak Kelapa Dara". (klik)

Kepada semua pengunjung, terima kasih daun keladi.  Senang-senang datanglah lagi. :-) Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Saturday, 23 June 2012

SB-Kedai Online: Shopping RajaBio Secara Dropshipping


Saudara Fikri (019-547 4892) telah mewujudkan kedai online secara dropshipping, sb-kedaionline.com. Istimewanya kedai maya beliau ini ialah, ia merupakan satu-satunya kedai di bawah payung yang sama, yang menawarkan RajaBio Minyak Kelapa Dara untuk pengguna.

Kepada anda sama ada di Parit Buntar, Seberang Perai Selatan mahupun di mana-mana jua, bolehlah mendapatkan RajaBio dengan klik sahaja "Add to Basket" di page berkenaan. Harganya tetap sama. :-)

Selain RajaBio, pelbagai produk lagi boleh diperolehi di sb-kedaionline.com, khususnya sebagai persediaan menjelang Ramadhan al-Mubarak ini.

Selamat membeli-belah.

Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Menghantar RajaBio ke Kementerian Penerangan, Presint 4, Putrajaya

Menurut saudara Tawfik (012-411 5691), baru-baru ini beliau telah menghantar 3 botol RajaBio Minyak Kelapa Dara. Alamatnya, Kementerian Penerangan yang terletak di Presint 4, Putrajaya. Pembeli ialah seorang wanita, kita namakan sahaja sebagai Cik X.

Pembelian 3 botol RajaBio oleh Cik X adalah untuk kegunaan bapanya. Difahamkan bapa beliau menghidap lelah. Sejak menggunakan RajaBio yang sebelum ini dibeli di Terengganu, alhamdulillah sakit lelah bapanya menunjukkan perkembangan positif.

Seperti biasa, kami mendoakan yang terbaik untuk Cik X dan bapanya sekeluarga.

Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Sunday, 10 June 2012

ie-mart Bangi dan RajaBio Minyak Kelapa Dara

Kredit: bangiblog.my

Dalam diam-diam, SRB mengorak langkah selanjutnya. Hasilnya, kini RajaBio Minyak Kelapa Dara boleh didapati di  ie-mart, Jalan Pusat Medan, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Sebagai makluman anda, ie-mart cawangan Bangi merupakan kedai 24 jam yang khusus menawarkan beraneka jenis produk halal keluaran para pengusaha Islam secara IKS. Macam-macam produk ada dijual termasuk makanan dan minuman. Kecuali rokok. :-)

Menerusi kesempatan ini, SRB ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pengurus ie- mart cawangan Bangi atas kepercayaan yang telah diberikan.

Jadi, kepada anda yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi, silalah berkunjung ke ie-mart cawangan Bangi. Letaknya di blok rumah kedai di belakang Kompleks PKNS, dan berhampiran stesen minyak Shell (berdekatan Warta).

Ingat ie-mart, ingat RajaBio!

Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Thursday, 7 June 2012

Cash on Delivery RajaBio di JPA dan MOSTI, Kompleks C, Putrajaya

Puan K baru sahaja selesai menyerahkan beberapa kotak RajaBio Minyak Kelapa Dara yang dipesan oleh penjawat awam di Kompleks C, Putrajaya. Secara tepatya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) & Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Terima kasih atas pembelian cash on delivery tersebut. Kos penghantaran percuma. Semoga bermanfaat, insya-Allah.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Friday, 30 March 2012

Anti-Inflammatory, Analgesic, and Antipyretic Activities of Virgin Coconut Oil


This study investigated some pharmacological properties of virgin coconut oil (VCO), the natural pure oil from coconut [Cocos nucifera Linn (Palmae)] milk, which was prepared without using chemical or high-heat treatment. The anti-inflammatory, analgesic, and antipyretic effects of VCO were assessed. In acute inflammatory models, VCO showed moderate anti-inflammatory effects on ethyl phenylpropiolate-induced ear edema in rats, and carrageenin- and arachidonic acid-induced paw edema. VCO exhibited an inhibitory effect on chronic inflammation by reducing the transudative weight, granuloma formation, and serum alkaline phosphatase activity. VCO also showed a moderate analgesic effect on the acetic acid-induced writhing response as well as an antipyretic effect in yeast-induced hyperthermia. The results obtained suggest anti-inflammatory, analgesic, and antipyretic properties of VCO.

Read More: http://informahealthcare.com.www.ezplib.ukm.my/doi/abs/10.3109/13880200903062614?prevSearch=allfield%253A%2528virgin%2Bcoconut%2Boil%2529%2Band%2B%2528allfield%253A%2528virgin%2Bcoconut%2Boil%2529%2529&searchHistoryKey=

P/S: So does RajaBio. :-)

Photo: img.medscape.com

Reference:


Pharmaceutical Biology, February 2010, Vol. 48, No. 2, Pages 151-157 (doi:10.3109/13880200903062614)           

1McCormick Faculty of Nursing, Payap University, Chiang Mai, Thailand
2Department of Pharmacology, Faculty of Medicine, Chiang Mai University, Chiang Mai, Thailand
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Sunday, 12 February 2012

Mitos vs. Fakta Minyak Kelapa Dara


Ilmu pengetahun ialah kuasa. Dan ilmu pengetahuan yang betul ialah kuasa mutlak. Oleh yang demikian, apabila anda ingin mengetahui sesuatu, cuba sampai ke akar umbi. Terdapat perkara-perkara tidak terangkakan yang tersebar ke seluruh dunia, yang kita sangkakan kita tahu banyak mengenainya, tetapi sebenarnya sedikit sangat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan kita berdasarkan apa yang kita dengar daripada orang lain dan sebab itulah kerap-kali ia bukan sesuatu yang tulen. Samalah juga dengan pengetahuan kita tentang minyak kelapa (dara). Ia merupakan campuran seragam di antara mitos dan fakta. Jom kita dapatkan fakta di sebalik mitos tersebut. Jom kita menjumpai semula minyak kelapa (dara).


Mitos 1: Minyak kelapa dara terdiri daripada lemak tepu yang meningkatkan kadar kolesterol dan risiko serangan jantung.
Fakta: Kebanyakan orang memahami hanya “kolesterol jahat” yang mereka kenali sebagai ‘kolesterol’ dan kebanyakannya tidak menyedari bahawa terdapat dua jenis kolesterol yang salah satunya baik untuk kesihatan. Tambahan pula, kebanyakan orang tidak tahu bahawa setakat ini, kesan lemak tepu terhadap peningkatan kolesterol jahat tidak dapat dibuktikan. Kepercayaan ini merupakan ‘sumbangan’ sesetengah misi anti minyak kelapa (dara) dan anti lemak tepu yang diperkuatkan oleh beberapa pengeluar minyak makan untuk mempromosi minyak bukan konvensional. Hakikatnya, yang mengejutkan anda, minyak kelapa (dara) meningkatkan tahap “kolesterol baik (lipoprotein berketumpatan tinggi)" yang bermanfaat untuk kesihatan. Kolesterol baik membantu menurunkan tahap "kolesterol jahat (lipoprotein berketumpatan rendah)" dan sebenarnya membersihkan arteri yang tersumbat dan melindungi jantung.  

Mitos 2: Lemak tepu yang terkandung di dalam minyak kelapa (dara) menambahkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
Fakta: Sebaliknya, Asid Lemak Rantaian Sederhana (Lemak Tepu) yang terkandung di dalam minyak kelapa dara meningkatkan kadar metabolisme, justeru mengakibatkan penggunaan tenaga yang lebih banyak untuk aktiviti metabolik dan seterusnya membakar lebih banyak lemak. Hakikatnya, minyak kelapa (dara) dipreskripsikan untuk menurunkan berat badan dan pengambilan minyak kelapa (dara) secara sistematik membantu mengurangkan berat badan pada kadar tertentu. Lihatlah bagaimana mitos dan fakta tentang minyak kelapa (dara) bercanggah di antara satu sama lain.

Mitos 3: Minyak kelapa (dara) mengakibatkan kerengsaan pada kulit.
    Fakta: Sebaliknya, minyak kelapa (dara) merupakan salah satu minyak yang melegakan kulit. Minyak kelapa (dara) yang tidak ditapis mungkin boleh menyebabkan kerengsaan disebabkan kehadiran debu dan partikel tidak dikehendaki di dalamnya, tetapi itu merupakan kes yang jarang-jarang terjadi. Dalam kes keradangan akibat sengatan serangga, alahan, selaran matahari, reaksi terhadap dadah, calar-balar dan sebagainya, minyak kelapa (dara) boleh secara ‘ajaib’nya melegakan. Sifat anti mikrob di dalam minyak kelapa (dara) boleh membantu menyembuhkan luka.
 
Mitos 4: Minyak kelapa (dara) manis rasanya dan tidak baik untuk kencing manis (diabetis).
Fakta: Rasa minyak kelapa (dara) sama seperti minyak lain dan tidak manis (bagaimana pula rasanya boleh manis sedangkan ia hanya mengandungi lemak dan tidak ada glukos/gula di dalamnya!). Tambahan pula, minyak kelapa (dara) menggalakkan rembesan kepada insulin daripada pankreas dan sehubungan itu membantu mengawal kencing manis. Eksperimen terkini membuktikan bahawa penggunaan minyak kelapa (dara) secara berterusan boleh mengurangkan banyak sekali risiko kencing manis.

Mitos 5: Minyak kelapa (dara) tebal dan sukar diserap.
Fakta: Barangkali penyejatan minyak kelapa (dara) pada musim sejuk dan bentuknya sebagai pepejal mencetuskan mitos ini. Sekarang, sebagaimana mitos dan fakta tentang minyak kelapa (dara), ini juga sangat berlawanan. Minyak kelapa, dan terutama sekali minyak kelapa dara; tipis, tidak melekat, tidak menyebabkan kulit jadi berminyak dan sedia diserap. Sebab itulah minyak kelapa (dara) lebih digemari untuk urutan dan untuk menjadikan kulit sawo matang.

Mitos 6: Memandangkan ia diperolehi daripada kelapa (yang mengandungi banyak kelembapan), minyak kelapa (dara) sangat mudah menjadi tengik.
Fakta: Minyak kelapa (dara) ialah satu daripada minyak paling “tahan lasak”  dalam hal ini. Ia juga stabil hinggakan walaupun mengandungi kelembapan melebihi had yang dibenarkan, ia memiliki jangka hayat di rak yang lebih lama berbanding minyak lain dan tidak menjadi tengik selama bertahun-tahun. Bayangkan apa akan terjadi jika kelembapan kekal dalam kadar had dibenarkan.

Mitos 7: Minyak kelapa (dara) teruk rasanya.
Fakta: Sekarang, ini merupakan tohmahan terakhir yang boleh dilontarkan. Kita tidak dapat membuktikan bahawa rasanya baik memandangkan ‘suka’ dan “tidak suka” adalah sangat peribadi dan sangat berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Namun demikian, pengkritik paling tegar pun akan bersetuju bahawa rasa minyak kelapa (dara) mempunyai rasa yang sangat  menakjubkan. Tak percaya? Nampaknya saya tidak ada pilihan lain melainkan untuk mencadangkan supaya anda melakukan sesuatu. Cuba goreng sesuatu di dalam minyak kelapa (dara), rasa, dan datang semula kepada saya.
 
Anda baru sahaja membaca sebahagian mitos dan dan fakta menarik tentang minyak kelapa (dara). Ada lagi yang lain, tetapi jarang sangat boleh menandingi kebaikan minyak kelapa (dara). Apa yang boleh saya katakan kepada anda ialah cubalah sendiri. Sehingga itu, jumpa lagi.

Artikel ini disumbangkan oleh Aparup Mukherjee.
Sumber Maklumat
  • Laporan-laporan Lembaga Pembangunan Kelapa India
  • Laporan-laporan KERAFED
  • Buku-buku teks pelbagai kursus pertanian
  • Pelbagai laporan di Internet

Kredit gambar: Digestive Health Association


Kredit artikel: diterjemahkan semula secara bebas dari Organic Facts.net 
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com

Monday, 16 January 2012

RajaBio Minyak Kelapa Dara di Tapak Ekspo Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2011

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 telah berlangsung dari 13-16 Januari 2012 bermula jam 10 pagi sampai 10 malam.  Sambutan dan ekspo telah diadakan di Dataran Bandaran Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

Dalam pada itu, RajaBio Minyak Kelapa Dara juga tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan suasana. Saudara Fikri selaku wakil jualan kawasan Parit Buntar telah mempromisikan keistimewaan RajaBio Minyak Kelapa Dara kepada para pengunjung. Flyers juga turut diedarkan.  Menurut beliau, sambutan adalah menggalakkan. Malah, tidak kurang juga yang bertanya lebih lanjut tentang RajaBio Minyak Kelapa Dara.

Syabas diucapkan kepada saudara Fikri atas inisiatif beliau secara perseorangan itu. Diharapkan sedikit-sebanyak usaha beliau dapat memperkenalkan RajaBio Minyak Kelapa Dara kepada bakal pengguna di sekitar Parit Buntar khasnya dan kawasan utara amnya. Dan siapa tahu, barangkali seluruh Malaysia juga. :-)
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com