RajaBio Minyak Kelapa Dara ditawarkan kepada pengguna pada harga RM40 sebotol. Di Bandar Baru Bangi, anda boleh mendapatkannya di Kedai 24 Jam Imart; eksklusif di kedai tersebut sahaja.

Showing posts with label kompleks kraf kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kompleks kraf kuala lumpur. Show all posts

Monday, 6 February 2012

Kraftangan dan Aku


Tatkala disebut akan kraftangan, warga kota yang baru beberapa hari nan lalu meraikan Hari Wilayah akan segera terbayangkan Jalan Conlay di Bukit Bintang. Lokasi Pusat Kraftangan Negara inilah yang membarisi seni kata lagu "Kerabu Pucuk Paku" dendangan Mat Over. Sayugia diingatkan, Jalan Conlay bukanlah semata-mata lokasi terletaknya Pusat Kraftangan Negara (nama sebenarnya Kompleks Kraf Kuala Lumpur) tetapi juga kediaman tokoh-tokoh kenamaan. Sekali peristiwa, ketika umat Islam masih berhari raya di kampung halaman, seseorang pula diminta oleh boss untuk bersama-sama menyerahkan kertas kerja ke rumah seorang VVIP. Tahu apa yang terjadi? Yang menyambut dan menerima mereka hanyalah pengawal di pondok keselamatan, kerana si VVIP masih beraya di utara Semenanjung. Bukanlah salah dia, nama pun hari raya, tentulah orang ramai masih beraya.

Berbalik kepada kraftangan, ada baiknya diketahui serba-sedikit apa maksud sebetulnya. Menurut Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 "keluaran kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.”

Dalam Majalah Gila-Gila dulu-dulu ada segmen ‘keras tangan’, ala inovasi benda tertentu menjadi fungsi yang lain. Barangkali idea itu yang menjadi inspirasi slot khas bagi edisi-edisi rancangan lawak tempatan.
Luas sebenarnya skop kraftangan ini, dan setiap negeri ada identiti kraftangan tersendiri yang penuh berseni. Pahang dengan "Tenun Pahang"nya, Perak dengan "Labu Sayung"nya, Terengganu dengan "Songket" dan "Seni Tembaga"nya, Sarawak dengan "Pua Kumbu"nya, dan senarai itu berterusan.

Oh, ya, cuba bayangkan RajaBio dibuat kraftangan.
Bayangkan.
Ya… bayangkan.
Hmmm...
Rasa-rasanya boleh juga, seelok-eloknya minum dan sapu, selepas itu cuba buat, baru tahu. Insya-Allah badan sihat, kraftangan pun dapat. ;-)
Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh ‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’.
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-) www.tips-fb.com