Sebagai pekerja yang akur dengan arahan, kami ke Kuala Linggi hari ini untuk urusan mesyuarat. Perjalanan lebih seratus kilomter itu, ditambah seratus kilometer lebih lagi bagi perjalanan pulang sememangnya menduga ketahanan diri. Sebabnya, minda sudah menetapkan bahawa memadai sekadar lima hari bekerja yang hari-harinya pulang malam, manakala Sabtu dan Ahad ialah hari bercuti merehatkan diri dan meluangkan masa untuk ahli keluarga dan sanak saudara. Tapi nampaknya Sabtu masa kini bukan lagi hari untuk bercuti walau telah digazetkan secara rasmi.
Menempuh perjalanan yang jauh seawal gelap-gelap pagi dengan sanak kaum famili akhirnya membawa kami kembali ke Bangi. Selepas makan tengah hari, teringat pula hari itu susu anak sekadar dibeli sekotak dua. Alang-alang sudah ada di sekitar sini, kami pun mengambil keputusan untuk menambah stok susu lagi. Apabila sahaja sampai ke tempat kunjungan seperti biasa, kami mendapati bahawa ie-mart sudah tiada lagi. Serius, ie-mart Bangi sudah tiada lagi!
Di papan tanda kedai tertera, 'Imart'. Seperti biasa, kasut ditanggalkan di muka pintu. Menuju ke rak susu kanak-kanak. Wah, banyak pula, selalu cepat habis. Selepas mencapai 4 kotak susu, menuju ke kaunter untuk pembayaran. Sambil-sambil itu bertanya tentang pertukaran nama kedai. Ada laman web rasmi rupa-rupanya; http://www.imart-bangi.com.my/home .
Kami juga dimaklumkan bahawa stok RajaBio habis dibeli oleh pengguna yang ingin menggunakannya sebagai minyak selusuh. Hmmm..., walaupun tidak menggantung streamer seperti orang lain, nampaknya RajaBio ada peminatnya tersendiri. Terima kasih kerana meyakini RajaBio, insya-Allah kami akan replenish stok seberapa segera di Imart Bangi ini.
Sehingga itu, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha untuk muslimin muslimat di luar sana. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil hamd!
Silalah tekan "Like" kalau suka, ;-)